Sunday, 18 December 2011

30 laraNgan utk wNita

th confused 30 Larangan untuk Wanita! th confused 30 Larangan untuk Wanita!
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

rahsia mengikut bulan kelahiran



SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

muhasabah diri


‎
*Orang Bukan Islam apabila bangun tidur dipagi hari fikir tentang apa yang nak dimakan hari 

ini?
 
*Orang Bukan Islam apabila bangun tidur dipagi hari juga akan fikir tentang penampilan apa 

yang akan dipakai nanti untuk menarik perhatian ramai,
 
*Dan orang bukan Islam juga akan berfikir pada pagi2 lagi tentang banyaknya harta yang 

perlu dicari.
 
*Akan tetapi orang yang mukmin pada pagi hari akan berfikir tentang kebesaran Allah SWT
 
*Berfikir Sunnah Rasulullah SAW yang mana yang perlu ditambah dan untuk amalkan hari ini
 
*Dan orang Mukmin juga akan berfikir usaha apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan 

Agama Islam pada hari ini.

Sekarang, cuba muhasabah diri. Kita ni jenis orang yang mana satu?
http://pakarhowto.com/

Alasan pabila disuruh TUTUP AURAT


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita 

tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan 

menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu

Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.









1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?


-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan
perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah
dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak 
   mestinya baik..bla...bla...bla..." 



3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam
 untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi
kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang
dia insaf dan bertaubat sekarang
 



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.


-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?



5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan
iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?



6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.


-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 



7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk
menjamin kau masuk syurga?



8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup oran
g lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan
menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal
mendidik kau.




9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.


-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan
perintah Allah, Neraka tempatnya.



10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?



11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.


-
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak
bertaubat nanti.



12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..


-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil
lagi nyawa aku. 



13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan
amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh
di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh
di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu
cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah
dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun
permata. Oleh itu kamu
 juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
 

Saturday, 17 December 2011

♥•♥•♥ NASIHAT BUAT ADAM ♥•♥•♥

..wahai kaum ADAM sekalian, kalau nak merempit pun merempit lah seperti Khalid al-Walid..merempit bersama kudanya dlm memperjuangkan Islam....

..kalau nak jadi samseng pun nak bergusti pun, boleh je tapi jadilah samseng yg "bermaruah" seperti Saidina Umar yg menjadi samseng menentang samseng2 kufar....

..kalau nk jadi lelaki romantis pun, boleh je tapi janganlah beromantis dgn yg bukan mahram..jadilah romantik seperti Rasululllah S.A.W..romantiknya baginda bersama Aisyah dan isteri baginda yg lain2....

..kalau nak menangis pun, janganlah menangis disebabkan perempuan yg tiada kaitan dgnmu..menangislah kerana Allah S.W.T, kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi mukmin sejati....:) -88-

:: I ♥ الله ::
 

CiRi-CiRi IsTerI IdaMan leLakI:



            T- Taat pada suami
           A- Allah diutamakan
           Q- Quran di junjung
          W- Wanita solehah
           A- Amanah tunai tanggungjawab

                         T- Tunjuk kasih sayang
                         A- Anak pandai dididik
                         A- Akhlak mulia
                          T- Tutup keaiban suami

                                                   S- Solat dijaga
                                                   O- Org tua dihormati
                                                   P- Puasa dikerjakan
                                                   A- Aurat di pelihara
                                                   N- Nabi dicontohi



..::Pengorbanan Sayang::..





" Adik, kakak nak tanya sikit kat adik boleh tak?" Terpancul soalan dari mulut kakak yang sedang sibuk melipat kain.

" Hemm, tanya je lah. Apa dia?" Adik menjawab selamba. Turut sibuk dengan buku-bukunya yang bersepah di lantai. Sedang mencari-cari notanya yang hilang.

" Sudah beberapa tahun ayah dan mak tak belikan kita baju raya. Adik tak kesah?" Tanya kakak menduga adik.

" Kakak kesah ke?" si adik membalas dengan pertanyaan. Masih sibuk mencari-cari notanya.

" Akak? Akak tak pernah kesah. Ikutlah ayah dan mak. Kalau ada, Alhamdulillah. Andai tak ada, tak apa. Tak penting pun baju raya tu. Kegembiraan hari raya bukan pada baju."

" Ha, itulah juga jawapan adik. Dah tahu jawapan, kenapa tanya lagi." adik mengeleng-gelengkan kepalanya.

" Hemm, ok. Akak memang tahu jawapan adik. Tapi akak nak tahu apa pula sebab adik tak pernah kesah?"

" Just one word yang adik pegang kak."

"Apa dia one word tu?" kakak menjungkilkan kedua keningnya. Rasa ingin tahunya membuak-buak.

" SAYANG" jawab adik ringkas. Di capainya sehelai kertas. Tersenyum puas . Nota yang dicari telah pun dijumpai. Adik memandang wajah kakaknya yang terdiam tatkala mendengar jawapan adiknya yang terlalu ringkas.

" Kenapa akak diam? Tak faham ke dengan jawapan adik?"

Kakak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Pinta adiknya perjelaskan lagi.

" Kerana sayang, kita akan sanggup korban apa sahaja kan. Kita sanggup korbankan perasaan dan keinginan kita, hanya kerana kita sayang. Bila kita betul-betul kenal apa itu erti sayang, kita sanggup terima apa sahaja. Hanya kerana sayang." Adik merenung notanya yang dicarinya tadi.

" Ya, betul tu dik. Hanya kerana sayang. Sebab tu, kita tak pernah rasa kesah bila kita lihat orang lain semua pakai baju baru waktu raya. Sedang kita tetap dengan baju lama. Tapi, mak bijak membuat kita rasa sama sahaja seperti orang lain." Tersenyum kakak mengenangkan memori raya aidilfitri yang sudah pun berlalu.

" Hehe..." adik tiba -tiba tergelak kecil.

" Kenapa adik gelak?"

" Sedih pula. Rasa nak menangis. Kenapa kakak tanya soalan yang sensetif ni pada adik. Adik kan sensetif dengan soalan-soalan macam ni." Mengalir jua air mata si adik.


Kakak hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang cuba menyembunyikan rasa sebaknya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

" Hari ni mak ada kejutan untuk anak-anak mak." sibuk mak mencuit-cuit ayah sejak tadi. Seperti ada sesuatu lagaknya.

Ayah bingkas bangun menuju ke bilik. Mengambil sesuatu.

" Aik, raya adha pun ada kejutan ke?" Seloroh adik.

" Kejutan apa pula ni mak?" Tanya kakak kebimbangan.

" Adalah, sabar ye" mak tersenyum. Sesekali memerhati ayah yang sedang sibuk menagmbil sesuatu di dalam bilik.

" Ha...ayah dah datang. Ayah bawa apa tu?" Tanya adik keriangan tatkala melihat beberapa buah beg kertas di tangan ayah.

" Ni lah dia kejutan dari mak dan ayah. Mari datang seorang-seorang ikut turutan. Mula dengan kakak." Arah ayah.

Bergeraklah seorang demi seorang menyalami dan mengucup tangan ayah dan emak. Dipeluk erat oleh mak dan ayah. Beg kertas yang berisi hadiah di beri pada tiap-tiap anak-anaknya.

Masing-masing membuka hadiah yang terletak rapi di dalam bungkusan beg kertas.

" Ha, itulah jubah raya adha tahun ni." Mak tersenyum gembira tatkala melihat pancaran senyuman kebahgiaan yang terpancar di wajah anak-anaknya.

" Terima kasih mak ayah" Kakak dan adik serentak mengucapkan tanda syukur atas pemberian mak dan ayah.

" Mak, ayah...kenapa mak ayah bagi kami hadiah ni?" tanya adik pinta kepastian.

" Hanya satu sebab. SAYANG. Kerana sayang kami sanggup berkorban untuk kalian."

Mengalir air mata jernih mak,ayah dan anak-anaknya. Berpelukan erat. Bersyukur atas karunia kasih sayang yang Allah hadiahkan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Message ringkas pengorbanan sayang untuk mak dan ayah...

" Jaga diri mak ayah...doakan kami :) syg kamu berdua:)"

Balasan message pengorbanan sayang dari mak...

" InsyaAllah..mdh2hn Allah mmberi rahmat dan pelindungannya buat kita sekeluarga, walaudimana kita berada...tidak terhingga rasa syukur diatas nikmat yg Allah berikan buat kami kerana dapat menunaikan tanggungjawab kami kepada amanah yg telah diberikan..semoga kalian semua berjaya dunia akhirat.."