Saturday, 17 December 2011

..::Pengorbanan Sayang::..





" Adik, kakak nak tanya sikit kat adik boleh tak?" Terpancul soalan dari mulut kakak yang sedang sibuk melipat kain.

" Hemm, tanya je lah. Apa dia?" Adik menjawab selamba. Turut sibuk dengan buku-bukunya yang bersepah di lantai. Sedang mencari-cari notanya yang hilang.

" Sudah beberapa tahun ayah dan mak tak belikan kita baju raya. Adik tak kesah?" Tanya kakak menduga adik.

" Kakak kesah ke?" si adik membalas dengan pertanyaan. Masih sibuk mencari-cari notanya.

" Akak? Akak tak pernah kesah. Ikutlah ayah dan mak. Kalau ada, Alhamdulillah. Andai tak ada, tak apa. Tak penting pun baju raya tu. Kegembiraan hari raya bukan pada baju."

" Ha, itulah juga jawapan adik. Dah tahu jawapan, kenapa tanya lagi." adik mengeleng-gelengkan kepalanya.

" Hemm, ok. Akak memang tahu jawapan adik. Tapi akak nak tahu apa pula sebab adik tak pernah kesah?"

" Just one word yang adik pegang kak."

"Apa dia one word tu?" kakak menjungkilkan kedua keningnya. Rasa ingin tahunya membuak-buak.

" SAYANG" jawab adik ringkas. Di capainya sehelai kertas. Tersenyum puas . Nota yang dicari telah pun dijumpai. Adik memandang wajah kakaknya yang terdiam tatkala mendengar jawapan adiknya yang terlalu ringkas.

" Kenapa akak diam? Tak faham ke dengan jawapan adik?"

Kakak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Pinta adiknya perjelaskan lagi.

" Kerana sayang, kita akan sanggup korban apa sahaja kan. Kita sanggup korbankan perasaan dan keinginan kita, hanya kerana kita sayang. Bila kita betul-betul kenal apa itu erti sayang, kita sanggup terima apa sahaja. Hanya kerana sayang." Adik merenung notanya yang dicarinya tadi.

" Ya, betul tu dik. Hanya kerana sayang. Sebab tu, kita tak pernah rasa kesah bila kita lihat orang lain semua pakai baju baru waktu raya. Sedang kita tetap dengan baju lama. Tapi, mak bijak membuat kita rasa sama sahaja seperti orang lain." Tersenyum kakak mengenangkan memori raya aidilfitri yang sudah pun berlalu.

" Hehe..." adik tiba -tiba tergelak kecil.

" Kenapa adik gelak?"

" Sedih pula. Rasa nak menangis. Kenapa kakak tanya soalan yang sensetif ni pada adik. Adik kan sensetif dengan soalan-soalan macam ni." Mengalir jua air mata si adik.


Kakak hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang cuba menyembunyikan rasa sebaknya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

" Hari ni mak ada kejutan untuk anak-anak mak." sibuk mak mencuit-cuit ayah sejak tadi. Seperti ada sesuatu lagaknya.

Ayah bingkas bangun menuju ke bilik. Mengambil sesuatu.

" Aik, raya adha pun ada kejutan ke?" Seloroh adik.

" Kejutan apa pula ni mak?" Tanya kakak kebimbangan.

" Adalah, sabar ye" mak tersenyum. Sesekali memerhati ayah yang sedang sibuk menagmbil sesuatu di dalam bilik.

" Ha...ayah dah datang. Ayah bawa apa tu?" Tanya adik keriangan tatkala melihat beberapa buah beg kertas di tangan ayah.

" Ni lah dia kejutan dari mak dan ayah. Mari datang seorang-seorang ikut turutan. Mula dengan kakak." Arah ayah.

Bergeraklah seorang demi seorang menyalami dan mengucup tangan ayah dan emak. Dipeluk erat oleh mak dan ayah. Beg kertas yang berisi hadiah di beri pada tiap-tiap anak-anaknya.

Masing-masing membuka hadiah yang terletak rapi di dalam bungkusan beg kertas.

" Ha, itulah jubah raya adha tahun ni." Mak tersenyum gembira tatkala melihat pancaran senyuman kebahgiaan yang terpancar di wajah anak-anaknya.

" Terima kasih mak ayah" Kakak dan adik serentak mengucapkan tanda syukur atas pemberian mak dan ayah.

" Mak, ayah...kenapa mak ayah bagi kami hadiah ni?" tanya adik pinta kepastian.

" Hanya satu sebab. SAYANG. Kerana sayang kami sanggup berkorban untuk kalian."

Mengalir air mata jernih mak,ayah dan anak-anaknya. Berpelukan erat. Bersyukur atas karunia kasih sayang yang Allah hadiahkan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Message ringkas pengorbanan sayang untuk mak dan ayah...

" Jaga diri mak ayah...doakan kami :) syg kamu berdua:)"

Balasan message pengorbanan sayang dari mak...

" InsyaAllah..mdh2hn Allah mmberi rahmat dan pelindungannya buat kita sekeluarga, walaudimana kita berada...tidak terhingga rasa syukur diatas nikmat yg Allah berikan buat kami kerana dapat menunaikan tanggungjawab kami kepada amanah yg telah diberikan..semoga kalian semua berjaya dunia akhirat.."








bUat aDam y mEncaRi ciNta HaWa.. bUat HaWa y meNcaRi ciNta aDaM..



benar.. jodoh itu ketentuan TUHAN.. tapi kita akan ada terima merisik..??
salah ke merisik..??
x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..


untuk Adam..
andai mahu mencari Hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..

kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. lihatlah pada telapak tangannya.. andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik.. fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..

lihatlah pada sebujur bibirnya.. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami.. menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..


lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. andai tidak redup menunuduk pandangan.. fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk Hawa..
andai mahu menerima cinta Adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..

lihatlah pd aktiviti malamnya.. andai liar hidupnya tika malam menjelma.. fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.. kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..

lihatlah pada bahagian kakinya.. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata.. 



lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. khuatir pabila bersama kelak.. kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu.. sebelum ini.. wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.. tetapi hari ini.. mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri.. begitulah juga sang lelaki..

kadangkala berkopiah.. dari mata nampak sungguh alim.. tetapi dlm hatinya..?? siapa yang tahu..


sekadar renungan bersama..^^


Oleh: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW


diammm.....uuussshhhhhh.....

" Berdiam Diri Itu Lebih Baik Daripada Menyakiti "
- Darah Jawi -

Aku Berdiam Diri Bukan TANDA Aku PENGECUT !! Bukan Ertinya Aku MARAH !!! Bukan Tanda Aku BERSETUJU !!! Bukan Juga Tanda Aku MEMBENARKAN Pendustaan Mu !! Bukan Juga Membenarkan TUDUHAN & FITNAH Mu !!!
Akan Tetapi DIAM Ku Bersebab !! Aku Tak Mahu Semakin Aku BERSUARA !! Semakin HILANG IMAN Di DADA Ku & Saudara ISLAM KU...

Mengapa Aku HARUS DIAM..???

Kerana Ini JAWAPAN Yang Aku Rasakan Yang SESUAI Untuk DIBERIKAN Pada SITUASI Di Mana Saudara Maraku Terlalu "CINTAKAN DUNIA Berbanding MENCINTAI PENCIPTA DUNIA.."

Bersama Kita Renungkan Kata Kata Berikut :

"Aku Mungkin Menang BERDEBAT Dengan 10 Orang Yang BERILMU Tetapi aku Mungkin KALAH Jika BERDEBAT Dengan Seorang MANUSIA Yang Tidak BERILMU "


- IMAM SYAFIE -

peringatan.......

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu..
Bukan juga yang paling Soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..."

Sekadar peringatan untuk diri sendiri - amka

fikirlah......

"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut.."
Berhijrahlah ke daerah baru..

berubahlah.......

Seorang budak kecil bertanya... "Kenapa kakak pakai topi keledar itu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai dik, kalau tak
pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan kita juga...
kalau berlaku kemalangan, kepala kita akan selamat!" kakak itu
memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi...
"Tapikan kak, kenapa akak tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...!
Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak
tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat??? kepala kena
bakar kalau tak pakai tudung!!! Bukan sekadar memakai tudung je...
Tapi,aurat tu jugak kita kena tutup dengan sempurnakan kak???"

Kakak itu sekadar tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor
yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Fikir2kan & selamat beramal... ^_^

malam pertama....

                                       
                                        Pada suatu masa yang ditetapkan..
                                         Kita pasti dirisik.. 
                                          Pertunangan sejak azali..
                                         Di hujung hidup nanti..
                                          Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
                                Hantarannya..sakit dan nazak..
                                Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
                                Pengantin dimandikan..



                                                                 Dipakaikan baju cantik putih..
                                                 Wangian gaharu dan cendana..
                                                 Keranda jadi pelaminan..
                                                 Pengantin bersanding sendirian..


                                                                         Di arak keliling kampung..
                                                   Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
                                                       Akad nikahnya bacaan talkin..
                                                     Berwalikan liang lahat..
                                                      Saksi pula nisan-nisan.
                                                     Siraman air mawar.

                                           Keluarga terdekat menepung tawar..
                                             Tiba masa pengantin..
                                       Menunggu sendirian..

                                        Malam pertama bersama KEKASIH..
                                    Di kamar bertilamkan tanah..
                                        Dan Dia menuntut janji..
                                     Sucikah kita tatkala berpadu..


                                                                       Pernahkah taubat sepanjang hayat..
                                                               Atau terkubur bersama dosa-dosa...
                                                          Dan Dia Kekasih itu..
                                                       Menetapkanmu ke syurga..